Anak Demam Tengah Malam? Panduan Dos Paracetamol Ikut Berat Badan (2026)

Kalkulator kira dos paracetamol untuk anak ikut berat badan. Selang 4 jam (syrup) atau 6 jam (suppository). Disemak oleh ahli farmasi berdaftar.

Disemak oleh Ahli Farmasi Akmal, Ahli Farmasi Berdaftar
Tarikh kemaskini: 2 Mei 2026

💡
Jawapan pantas: Dos paracetamol untuk kanak-kanak adalah 10–15 mg setiap kg berat badan, maksimum 4 dos dalam 24 jam.

Kekerapan dos: Jarak minimum 4 jam untuk syrup oral, 6 jam untuk suppository (rectal absorption lebih lambat)

Untuk ketepatan dos, beri dos yang sepatutnya mengikut berat badan, bukan umur.

Artikel mengandungi pautan afiliasi Shopee. infarmasi.my mungkin menerima komisen kecil sekiranya anda membeli melalui pautan tersebut, tanpa sebarang kos tambahan kepada anda.


Tengah-tengah malam, anak tiba-tiba demam panas; Apa ibu bapa patut buat?

Artikel ini ditulis khusus kepada ibu bapa yang mengalami situasi sebegini. Melalui artikel ini, anda dapat akses terhadap:

  • Kalkulator dos paracetamol mengikut kira dos yang bersesuaian dengan berat badan anak
  • Jadual rujukan pantas dos paracetamol mengikut berat badan dan juga kekuatan dos ubat paracetamol
  • Cara sponging (jelum) yang betul untuk menurunkan suhu panas badan anak
  • Perbezaan antara ubat demam syrup vs suppository (ubat punggung)
  • Apa simptom-simptom bahaya yang memerlukan anda segera ke kecemasan (A&E)
  • Apa nak buat kalau anak muntah lepas minum ubat demam?

Kalkulator Dos Paracetamol (Ikut Berat Badan)

🧮 Kalkulator Dos Paracetamol Kanak-Kanak

Berdasarkan garis panduan KKM: 10–15 mg/kg setiap dos. Selang minimum: 4 jam (oral) atau 6 jam (suppository).

⚠ Penting: Jangan beri kepada bayi bawah 2 bulan tanpa nasihat doktor. Sentiasa ukur ikut berat badan, bukan umur. Jangan combine syrup + suppository sekali masa — itu double dose.
Kalkulator ini adalah alat bantuan pendidikan sahaja dan bukan pengganti nasihat perubatan profesional. Jika anda tidak pasti, sila hubungi ahli farmasi atau doktor anda. Disemak oleh Ahli Farmasi Akmal, Ahli Farmasi Berdaftar.

Kalkulator ini menggunakan formula 10–15 mg/kg setiap dos seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Pediatrik Malaysia (Malaysian Paediatric Association).

Jadual Dos Paracetamol Ikut Berat Badan Anak


Terdapat dua kekuatan dos untuk ubat paracetamol syrup yang terdapat dalam pasaran malaysia iaitu paracetamol syrup 250mg/5ml dan juga 120mg/5ml. Kebiasaannya klinik dan hospital kerajaan menggunakan dos paracetamol syrup 250mg/5ml.

⚠
Pastikan ibu bapa menyemak label terlebih dahulu sebelum memberikan ubat kepada anak bagi mengelakkan kesilapan dalam pemberian dos ubat.
Berat Anak Syrup 250mg/5ml (standard) Syrup 120mg/5ml Suppository
5 kg 1.0 – 1.5 ml 2.1 – 3.1 ml —
7 kg 1.4 – 2.1 ml 2.9 – 4.4 ml —
10 kg 2.0 – 3.0 ml 4.2 – 6.2 ml 1 supp 125mg
12 kg 2.4 – 3.6 ml 5.0 – 7.5 ml 1 supp 125mg
15 kg 3.0 – 4.5 ml 6.2 – 9.4 ml 1 supp 125mg atau 250mg
18 kg 3.6 – 5.4 ml 7.5 – 11.2 ml 1 supp 250mg
20 kg 4.0 – 6.0 ml 8.3 – 12.5 ml 1 supp 250mg
25 kg 5.0 – 7.5 ml 10.4 – 15.6 ml 1 supp 250mg
30 kg 6.0 – 9.0 ml 12.5 – 18.8 ml 1 supp 250mg

Rules asas yang kena ingat untuk pengambilan ubat syrup paracetamol bagi kanak-kanak :

  • Selang masa (oral syrup): Setiap 4-6 jam
  • Selang masa (suppository/rectal): Setiap 6 jam (rectal absorption lebih lambat dan kurang konsisten)
  • Maksimum: 4 dos dalam 24 jam (gabungan semua form (syrup dan juga suspension)
  • Maksimum dos harian: 60 mg/kg sehari
  • Tempoh: Tak lebih 3 hari berturut-turut tanpa jumpa doktor
⚠
Paracetamol cuma mengawal demam, bukannya merawat punca demam. Sekiranya demam berterusan melebihi tempoh 72 jam (3 hari), dapatkan konsultasi dari klinik berdekatan.

Cara Jelum (Sponging) Anak Demam Yang Betul

Kaedah jelum atau sponging ini adalah kaedah lama yang masih praktikal dan efektif untuk digunakan sehingga ke hari ini bagi membantu menurunkan suhu badan anak terutamanya sementara menunggu ubat demam yang diambil tadi berfungsi dan mula memberi reaksi kepada tubuh badan anak.

Langkah-Langkah Sponging Yang Betul

  1. Lap badan anak mengunakan air suam, BUKAN air sejuk
    Air sejuk akan membuat saluran darah dikulit mengecil (vasoconstriction), sekaligus memerangkap haba dalam badan. Guna air pada suhu 30–32°C; iaitu suhu yang sama dengan suhu mandi bayi.

2. Tanggalkan pakaian berlebihan
Selimut tebal dan pakaian berlapis akan memerangkap haba dari keluar. Biarkan anak anda berpakaian nipis sahaja.

  1. Lapkan anggota badan dengan tuala lembut
    Fokus pada bahagian:
  • Dahi
  • Belakang leher
  • Ketiak (kiri dan kanan)
  • Lipatan paha
  • Belakang lutut

Bahagian tubuh badan yang dinyatakan mempunyai saluran darah besar yang dekat dengan permukaan kulit, jadi sponging pada bahagian ini paling berkesan untuk menurunkan suhu badan si kecil.

4. Lap badan, jangan tekan atau gosok
Lapkan air pada kulit selama 10–15 minit, supaya penyejatan air membantu menurunkan suhu badan secara natural.

5. Check suhu setiap 15–20 minit
Kalau suhu tak turun selepas 30 minit sponging dan paracetamol, atau anak mula menggigil kuat, stop sponging dan teruskan pemerhatian.

Kesilapan Sponging Yang Selalu Berlaku

❌ Guna air ais — Ini akan buat anak menggigil dan suhu akan naik semula
❌ Selimut tebal selepas sponging — Ini akan menyebabkan haba terperangkap dan menyebabkan sponging tadi tidak berkesan
❌ Hanya buat sponging tanpa berikan ubat demam — Sponging adalah pelengkap rawatan, bukannya pengganti kepada paracetamol

Syrup vs Suppository: Mana Nak Pilih, Bila Nak Switch?

Salah satu soalan paling kerap ibu bapa akan tanya di farmasi:

"Kalau anak demam, nak bagi yang mana dulu, paracetamol syrup atau ubat punggung (suppository)?"

dan

"Boleh ke guna dua-dua sekali?"

Jawapannya: Syrup Adalah Pilihan Pertama

Untuk kebanyakan kes, syrup paracetamol adalah pilihan pertama:

  • ✅ Lebih senang adjust dose ikut berat (suppository ada saiz tetap je)
  • ✅ Penyerapan lebih konsisten
  • ✅ Syrup bertindak lebih cepat (30–45 minit vs 45–60 minit untuk suppository)
  • ✅ Anak biasanya lebih selesa minum ubat sirap yang berperisa daripada gunakan ubat punggung

Bila Nak guna Paracetamol Suppository?

Suppository atau ubat punggung adalah backup option untuk situasi berikut:

✅ Anak muntah berulang — ubat syrup takkan sempat diserap, jadi suppository lebih sesuai.
✅ Anak refuse minum ubat — common dengan toddler yang dah pandai melawan.
✅ Anak tengah tidur lena dengan demam tinggi — tak nak kejutkan, suppository senang dimasukkan tanpa anak terjaga sepenuhnya.
✅ Anak ada masalah menelan — sakit tekak teruk, mulut berulser, dan sebagainya
✅ Anak terlalu lemah untuk minum — terutamanya semasa demam tinggi

⚠ PENTING: Syrup dan Suppository TAK BOLEH Guna Sekali!

Ini kesilapan yang bahaya dan ramai parents tak sedar.

Syrup paracetamol dan suppository paracetamol mengandungi ubat yang SAMA (paracetamol). Kalau anda bagi syrup pukul 8 malam, kemudian bagi suppository pukul 8.30 malam sebab demam tak turun lagi — itu double dose dan boleh menyebabkan keracunan paracetamol yang merosakkan hati (liver).

Rules wajib ingat:

Rules Penjelasan
Satu route je per dose Syrup ATAU suppository, jangan dua-dua sekali
Minimum 6 jam untuk kedua dua oral dan rectal Interval ditentukan oleh route SEBELUMNYA, bukan route seterusnya
Maksimum 4 dose dalam 24 jam Termasuk syrup + suppository digabung — bukan 4 syrup + 4 suppository!
Maksimum harian 60 mg/kg sehari Total kombinasi semua form

Boleh Ke Switch Antara Syrup dan Suppository?

Boleh, tapi BETWEEN doses, bukan dalam dose yang sama. Rule penting yang ramai orang tersilap:

Tunggu sekurang-kurangnya 6 jam sebelum memberikan semula paracetamol sama ada dalam bentuk syrup atau pun suppository

Contoh: jadual mana ubat yang sesuai untuk anak 12kg yang muntah pertengahan malam:

6:00 petang — Dose #1: Syrup 250mg/5ml (3 ml)
12:00 malam  — Dose #2: Suppository 125mg
              (6 jam lepas syrup ✓)
6:00 pagi  — Dose #3: Syrup semula
              (6 jam lepas suppository ✓)
12:00 tengahari   — Dose #4: Syrup
              (6 jam lepas syrup ✓)

Rectal absorption lebih lambat dan kurang predictable berbanding oral; paracetamol mengambil masa 45–60 minit untuk capai puncak dalam darah berbanding 30–45 minit untuk syrup, dan clearance pun lebih perlahan.

Kalau Demam Tak Turun Lepas Dos Ubat Pertama, Apa Nak Buat?

JANGAN bagi dos tambahan. Ini mistake besar yang ramai parents buat sebab panik.

Sebaliknya:

  1. Tunggu sehingga 1–2 jam — paracetamol perlu masa untuk capai kesan maksimum
  2. Buat sponging dengan air suam (lihat seksyen sponging di atas)
  3. Pastikan anak hydrated — bagi air, susu, atau ORS
  4. Tanggalkan pakaian berlebihan — biarkan badan boleh keluarkan haba dengan baik

Kalau lepas buat semua ini, suhu badan si kecil masih juga tinggi (39.5°C ke atas) dan anak nampak lemah dan lesu, bawa segera ke A&E!

Cara Masukkan Suppository Yang Betul

  1. Basuh tangan dengan sabun dan keringkan tangan
  2. Baringkan anak posisi mengiring (sisi kiri lebih sesuai)
  3. Lembutkan hujung suppository dengan sikit air suam (jangan guna baby oil atau Vaseline — boleh kacau penyerapan)
  4. Masukkan slowly, hujung yang tirus dulu
  5. Tahan kedua-dua bahagian punggung selama 1–2 minit untuk elak suppository keluar balik
  6. Biarkan anak baring 5–10 minit
💡 Tip: Simpan suppository dalam fridge. Suppository yang lembik susah nak masukkan. Tapi jangan freeze — terlalu keras boleh mencederakan

Anak Muntah Lepas Minum Ubat; Kena Bagi Balik Ke?

Ini panduan ringkas yang ramai parents tak tahu:

Bila Muntah Apa Nak Buat
Dalam 15 minit lepas minum Bagi semula full dose — ubat belum sempat diserap
Antara 15–30 minit Bagi separuh dose kalau anak masih demam tinggi
Lepas 30 minit Jangan bagi balik — ubat dah mula diserap. Tunggu sampai dose seterusnya (4 jam minimum kalau syrup, 6 jam kalau suppository)

Kalau anak muntah berulang kali (3 kali atau lebih dalam 1 jam), pertimbangkan untuk switch ke suppository sebagai alternatif, atau bawa anak ke A&E untuk check dehidrasi.

⚠ Tanda Bahaya: Bila Kena Segera Ke A&E

Kalau anda nampak mana-mana tanda di bawah. JANGAN tunggu sampai pagi. Bawa anak ke A&E hospital terdekat segera.

Tanda Bahaya Mengikut Umur

Bayi bawah 3 bulan dengan suhu 38°C atau lebih
Demam pada bayi seusia ni adalah kecemasan perubatan. Sistem imun bayi belum cukup matang untuk melawan jangkitan serius.

Anak antara 3 bulan – 2 tahun dengan suhu melebihi 39°C
Terumanya jika terdapat gejala lain seperti lemah atau tak nak menyusu.

Tanda Bahaya Pada Mana-Mana Umur

🚚 Tahap kesedaran terjejas — Anak terlalu lemah nak respond, susah dikejutkan, atau nampak keliru

🚚 Sawan demam (febrile seizure) — Walaupun kebanyakan sawan demam tak bahaya jangka panjang, sawan first-time kena dinilai oleh doktor

🚚 Susah bernafas — Bernafas laju, berbunyi, atau sampai rongga rusuk masuk ke dalam (chest retraction)

🚚 Ruam yang tak hilang dengan tekanan — Test gelas: tekan gelas jernih atas ruam. Kalau ruam masih nampak, ni boleh jadi tanda meningococcal sepsis — kecemasan perubatan serius

🚚 Tanda dehidrasi teruk — Mata cengkung, bibir kering pecah, tiada air mata semasa menangis, lampin kering lebih 8 jam

🚚 Bibir atau hujung jari kebiruan — Tanda kekurangan oksigen

🚚 Muntah berterusan — Tak boleh kekalkan cecair selama lebih 4 jam

🚚 Demam berpanjangan — Lebih dari 72 jam (3 hari) walaupun dengan ubat

🚚 Sakit kepala teruk dengan leher kaku — Tanda meningitis berpotensi

🚚 Anak nampak "tak betul" — Naluri parents adalah penting. Kalau anda rasa ada something tak kena, percayalah naluri anda"Late Night Fever Kit" — Apa Yang Patut Ada Di Rumah

Sebagai persediaan untuk kes demam tengah malam yang tak dijangka, ahli farmasi cadangkan 5 item asas yang patut ada dalam medicine cabinet setiap rumah dengan kanak-kanak kecil:

1. Thermometer Digital Yang Tepat

Thermometer digital yang berbunyi dalam 1–2 saat lebih tepat dari thermometer "scan dahi" yang murah. Untuk bayi, thermometer rektal (punggung) bagi bacaan paling tepat, manakala thermometer ketiak okay untuk anak yang lebih besar.

Beli Thermometer Digital di Shopee → (pautan afiliasi)

2. Paracetamol Syrup (250mg/5ml)

Pilih jenama yang ada oral syringe (picagari oral) — bukan sudu plastik. Ketepatan dose lebih penting dari harga.

Beli Paracetamol Syrup Pediatrik di Shopee → (pautan afiliasi)

3. Paracetamol Suppository (Backup)

Untuk kes anak muntah atau refuse minum. Pilih saiz yang sesuai dengan berat anak — 125mg untuk anak 8–15kg, 250mg untuk anak 16–25kg.

Beli Paracetamol Suppository di Shopee → (pautan afiliasi)

4. Cooling Patch (Sebagai Pelengkap)

Cooling patch tak replace paracetamol, tapi bagi kelegaan pantas sementara tunggu ubat berfungsi. Selamat juga untuk guna kerap.

Beli Cooling Patch Pediatrik di Shopee → (pautan afiliasi)

5. Oral Rehydration Salts (ORS)

Demam buat anak hilang banyak cecair. ORS pediatrik (perisa orange atau strawberry) lebih senang anak terima berbanding air kosong je, dan replace electrolyte yang penting.

Beli Oral Rehydration Salts di Shopee → (pautan afiliasi)


Soalan Lazim (FAQ)

Suhu 38.5 anak 2 tahun kena bagi ubat apa?

Ya, suhu 38.5°C sudah dianggap sebagai demam yang memerlukan rawatan. Bagi ubat paracetamol ikut berat badan (10–15 mg/kg). Kalau anak masih aktif dan minum dengan baik, cukup dengan hanya memantau di rumah. Bawa jumpa doktor kalau demam berterusan lebih 48–72 jam.

Boleh selang-selikan Paracetamol dengan Ibuprofen?

Tidak digalakkan untuk pemberian rutin tanpa nasihat doktor. Walaupun selang-seli kadang-kadang dibuat oleh doktor untuk demam tinggi yang susah kawal, ia tingkatkan risiko kesilapan dose dan side effects. Untuk kes biasa, ubat Paracetamol sahaja sudah mencukupi.

Berapa lama Paracetamol mula bertindak?

Paracetamol oral mula bertindak dalam tempoh 30–45 minit dan mencapai kesan maksimum dalam tempih 1–2 jam. Untuk suppository (ubat punggung) pula sedikit lambat (ambil masa 45–60 minit untuk onset, tempoh 1.5–2 jam untuk puncak). Jangan bagi dos kedua sebelum 4 jam untuk syrup oral, 6 jam untuk suppository; walaupun demam masih tinggi.

Anak demam tapi masih aktif main, perlu bagi ubat tak?

Tidak semestinya. Demam adalah respons imun semula jadi yang membantu badan melawan jangkitan. Kalau anak masih aktif, makan, dan minum dengan baik, pemantauan sahaja sudah mencukupi untuk demam ringan (bawah 38.5°C). Bagi ubat sekiranya nampak si kecil tidak selesa atau suhu mencapai 38.5°C ke atas.

Boleh bagi Paracetamol untuk demam lepas vaksin?

Boleh, Paracetamol selamat untuk demam pasca-vaksinasi. Tapi jangan berikan Paracetamol sebagai pencegahan sebelum vaksin; ada kajian tunjuk ia mungkin mengurangkan keberkesanan respons antibodi. Bagi hanya selepas demam berlaku.

Brufen (Ibuprofen) vs Paracetamol, mana lagi best?

Kedua-duanya efektif. Paracetamol lebih lembut pada perut dan boleh diberi dari umur 2 bulan. Ibuprofen (Brufen) bertindak lebih lama (6–8 jam) tapi tak digalakkan untuk bayi bawah 6 bulan, atau jika anak tengah muntah/dehidrasi. Untuk kebanyakan kes, Paracetamol adalah first choice yang lebih selamat.

Anak muntah selepas minum ubat, kena bagi ubat semula ke?

Bergantung pada masa muntah:

  • Dalam 15 minit: Bagi semula full dos
  • 15–30 minit: Bagi separuh dos jika perlu
  • Lepas 30 minit: Tunggu dos seterusnya

Kalau muntah berulang, tukar ke suppository (ubat punggung)

Boleh ke campur Paracetamol dengan susu atau jus?

Boleh, Paracetamol selamat dicampur dengan susu dalam kuantiti kecil atau pun jus untuk masking rasa. Tapi pastikan anak minum sampai habis; kalau separuh saja yang diminum, dos tak cukup dan tak efektif.

Boleh ke bagi syrup dan suppository sekali untuk demam tinggi?

Tak boleh sama sekali. Syrup dan suppository paracetamol mengandungi ubat yang sama. Kalau bagi dua-dua sekali, itu double dose dan boleh menyebabkan keracunan yang merosakkan hati anak. Pilih satu form je per dose. Selang minimum bergantung pada route sebelumnya: 4 jam selepas syrup oral, 6 jam selepas suppository (rectal absorption lebih lambat). Switching antara dua form antara dose adalah okay (contoh: suppository pukul 8mlm, syrup pukul 2 pagi — 6 jam later), tapi tak boleh sekali masa.

Strength paracetamol mana yang biasa di pharmacy Malaysia?

Strength paling biasa di community pharmacy dan klinik kerajaan Malaysia adalah paracetamol syrup 250mg/5ml. Strength 120mg/5ml masih ada di sesetengah tempat (kadang-kadang dipanggil "infant drops") tapi kurang biasa. Sentiasa check label betul-betul sebelum bagi anak. Terkeliru antara dua strength ni adalah punca paling biasa accidental overdose.


Kalau Masih Tak Pasti?

Kalkulator, jadual, dan panduan dalam artikel ni disusun berdasarkan garis panduan rasmi KKM dan Persatuan Pediatrik Malaysia. Namun, setiap anak berbeza, dan tidak semua kes boleh diselesaikan dengan panduan umum.

Sekiranya anda masih ragu-ragu, hubungi:

  • Talian Nasihat Kesihatan KKM: 03-8881 0200 / 03-8881 0300 (24 jam)
  • Klinik Kesihatan berhampiran (waktu pejabat)
  • Klinik 24 jam untuk kes selepas waktu pejabat
  • A&E hospital untuk kes kritikal
💬 Naluri ibu bapa adalah penting. Kalau something rasa tak kena, percayakan deria anda dan dapatkan penilaian doktor. Lebih baik datang A&E dan dimaklumkan "tiada apa-apa nak risau" daripada tunggu kat rumah dan menyesal kemudian.

Sumber Rujukan

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Garis Panduan Penggunaan Ubat Pediatrik.
  2. Malaysian Paediatric Association (MPA). Position Statement on Fever Management in Children.
  3. National Institute for Health and Care Excellence (NICE). Fever in under 5s: assessment and initial management (NG143).
  4. World Health Organization (WHO). Pocket book of hospital care for children: Guidelines for the management of common childhood illnesses (2nd ed).
  5. American Academy of Pediatrics. Fever and Antipyretic Use in Children.

Artikel ni untuk tujuan pendidikan saja dan tidak menggantikan nasihat profesional perubatan. Sentiasa rujuk ahli farmasi atau doktor untuk keadaan kesihatan khusus anak anda.

Disemak oleh Ahli Farmasi Akmal, Ahli Farmasi Berdaftar (MPS).